Ahad, 29 Mei 2016

Definisi TEKNIK KWL

Pada tahun 1986, Ogle membina carta KWL untuk tujuan membantu merangsang pemikiran atau minda pembaca secara aktif semasa proses membaca. Model ini di kembangkan untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan daya pengetahuan murid-murid mengenai sesuatu topik. Teknik ini terbina daripada akronim perkataan bahasa Inggeris KWL, yang bermaksud :

K- Know : Apa yang saya tahu?
W-What : Apa yang ingin saya tahu ?
L-Learn : Apa yang saya pelajari ?

Pelaksanaan teknik KWL dalam bilik darjah ataupun penggunaannya secara individu untuk tujuan pembacaan secara kritikal tertumpu pada penggunaan jadual KWL. Jadual KWL adalah seperti yang berikut :

                     JADUAL KWL

K (KNOW)
Apa yang saya tahu?
W (WHAT)
Apa yang ingin saya tahu ?
L (LEARN)
Apa yang saya pelajari ?
Dalam langkah K seseorang pembaca bertanyakan kepada dirinya apa yang sudah diketahui tentang topik yang sedang dikaji.
Dalam langkah W pembaca akan berfikir secara analitikal iaitu dengan bertanyakan soalan kepada diri sendiri tentang topik yang sedang dikaji.
Ketika bertanyakan soalan-soalan tersebut pembaca boleh mengamalkan teknik  5W 1H.
W-What (Apa)
W-When (Bila)
W-Where (Di mana)
W-Why ( Mengapa)
W-Who (Siapa)
H-How (Bagaimana)
Dalam langkah L ini memberikan peluang kepada pembaca membuat refleksi berkaitan dengan apa yang sudah diketahui tentang topik yang di kaji.
Berdasarkan maklumat baharu yang diperolehi dan berdasarkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu topik bolehlah pembaca membuat kesimpulan baharu tentang topik yang dikaji.

Kelebihan Teknik KWL

1.       Membantu pembaca mencipta pembacaan yang lebih efektif untuk diri sendiri
2.       Menjelajahi topik yang dikaji daripada pelbagai perspektif
3.       Membantu pembaca memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai sesuatu topik yang dikaji

4.       Membantu pembaca membuat kesimpulan baharu mengenai topik yang dikaji berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh dan dengan pengetahuan sedia ada berkaitan topik yang dikaji.

Sabtu, 28 Mei 2016

TEKNIK MEMBACA

Teknik membaca secara kritikal melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik yang bertujuan mentafsir, menilai dan merenung kembali maklumat yang dibaca. Bacaan secara kritikal merupakan pembacaan yang teliti dan mendalam. Bacaan ini bertujuan untuk menjawab soalan bagaimana dan mengapa dengan lebih mendalam dan digunakan untuk:

  • Menilai 
  • Mentafsir 
  • Membanding 
  • Mendefinisikan 
  • Memberi huraian lazimnya sebelum membaca secara kritikal, fahami dahulu soalan-soalan yang perlu dijawab dan ingatkan soalan-soalan tersebut semasa membaca.

TEKNIK-TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL 

Membaca secara kritikal mempunyai beberapa teknik untuk melaksanakannya. Antaranya:
  •  Bertanya kepada penulis 
  •  KWL 
  •  Preview teks 
  •  Prosedur ReQuest 
  •  Hubungan Soal-jawab 
  •  Pengajaran Eksplisit 
  •  Berfikir Bersuara 
  •  Menerap Imej 
  •  Dialog