Ahad, 29 Mei 2016

Definisi TEKNIK KWL

Pada tahun 1986, Ogle membina carta KWL untuk tujuan membantu merangsang pemikiran atau minda pembaca secara aktif semasa proses membaca. Model ini di kembangkan untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan daya pengetahuan murid-murid mengenai sesuatu topik. Teknik ini terbina daripada akronim perkataan bahasa Inggeris KWL, yang bermaksud :

K- Know : Apa yang saya tahu?
W-What : Apa yang ingin saya tahu ?
L-Learn : Apa yang saya pelajari ?

Pelaksanaan teknik KWL dalam bilik darjah ataupun penggunaannya secara individu untuk tujuan pembacaan secara kritikal tertumpu pada penggunaan jadual KWL. Jadual KWL adalah seperti yang berikut :

                     JADUAL KWL

K (KNOW)
Apa yang saya tahu?
W (WHAT)
Apa yang ingin saya tahu ?
L (LEARN)
Apa yang saya pelajari ?
Dalam langkah K seseorang pembaca bertanyakan kepada dirinya apa yang sudah diketahui tentang topik yang sedang dikaji.
Dalam langkah W pembaca akan berfikir secara analitikal iaitu dengan bertanyakan soalan kepada diri sendiri tentang topik yang sedang dikaji.
Ketika bertanyakan soalan-soalan tersebut pembaca boleh mengamalkan teknik  5W 1H.
W-What (Apa)
W-When (Bila)
W-Where (Di mana)
W-Why ( Mengapa)
W-Who (Siapa)
H-How (Bagaimana)
Dalam langkah L ini memberikan peluang kepada pembaca membuat refleksi berkaitan dengan apa yang sudah diketahui tentang topik yang di kaji.
Berdasarkan maklumat baharu yang diperolehi dan berdasarkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu topik bolehlah pembaca membuat kesimpulan baharu tentang topik yang dikaji.

Kelebihan Teknik KWL

1.       Membantu pembaca mencipta pembacaan yang lebih efektif untuk diri sendiri
2.       Menjelajahi topik yang dikaji daripada pelbagai perspektif
3.       Membantu pembaca memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai sesuatu topik yang dikaji

4.       Membantu pembaca membuat kesimpulan baharu mengenai topik yang dikaji berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh dan dengan pengetahuan sedia ada berkaitan topik yang dikaji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan