DEFINISI BAHAN BANTU MENGAJAR
Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)“
…hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu
membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi
mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya
penghargaan.”
Menurut Ngui Kuen Sang (1981)
mengenai bbm, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada
keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan bbm dalam situasi pengajaran
pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan
pandangan seseorang". Atan long ( 1982 ), bbm terdiri daripada pelbagai
bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam
bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin.
Alat-alat penyampaiannya dinamakan bbm.”
Penggunaan bahan bantu mengajar
memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga
dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa
berubah mengikut peredaran zaman (Omardin Ashaari, 1999).
Antara rasionalnya penggunaan
bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan Pembelajaran ini adalah untuk
mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat Menyaksikan sendiri tunjuk cara
dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan
pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan
Penggunaan bahan bantu mengajar, lebih–lebih lagi bahan yang digunakan itu
bersesuaian Dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain
rasionalnya adalah untukMencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan
juga menjadi pengalak dalam Penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat
mewujudkan suasana persekitaran yang Sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu
mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi Penerangan, pengajaran
yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar. Kamarudin hj. Husin ( 1988:
242 )merumuskan kepentingan bbm seperti berikut:
·
Memberi
rangsangan dan minat murid-muird.
· Menyediakan
dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran
dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada
murid-murid.
·
Membekalkan
dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal
· Menyediakan
pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara
lain,menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.
·
Dapat
menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.
· Mendorong
murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan
lagi bacaan
murid-murid.
Sebagai rumusannya bbm adalah sangat penting kerana dapat:
·
Menjimatkan
masa.
·
Dapat
mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid.
·
Menyeronokkan
murid-murid.
JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu bahan pengajaran elektronik, bahan pengajaran yang bukan elektronik serta bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar.
Dengan kepesatan teknologi masa kini, tidak hairanlah bahan pengajaran berunsur teknologi menjadi pilihan utama yang akan dihasilkan oleh guru. Namun, guru harus sedar bahawa kepelbagaian bahan elektronik, bukan elektronik dan bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar perlu dikuasai guru. Hal ini bermaksud guru harus menguasai ilmu bagi membina dan menggunakan ketiga-tiga jenis bahan bantu mengajar berkenaan.
Bahan pengajaran elektronik
Pada masa kini, penggunaan bahan bantuan mengajar telah berkembang dengan pesat dalam bidang pendidikan. Perkembangan ini ketara sekali disebabkan oleh kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara praktis dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Omardin Ashaari (1997), perkembangan teknologi dalam mencipta peralatan pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang sangat nyata dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru dan juga dalam mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan para pelajar.
Bahan pengajaran elektronik merujuk kepada media yang menggunakan sumber elektrik. Bahan pengajaran eletronik ini semakin popular digunakan oleh guru kerana ianya mudah dan menarik minat murid. Antara contoh bahan pengajaran elektronik ialah radio, televisyen, komputer, projektor, pemain CD ataupun DVD, dan sebagainya.
Bahan pengajaran bukan elektronik
Semua bahan bantuan pengajaran yang tidak menggunakan kuasa elektrik dikenali sebagai media bukan elektronik. Bahan ini amat popular pada suatu masa dahulu sebelum ledakan media elektronik berada di negara kita. Hal ini kerana bahan-bahan tersebut mudah dibuat, murah belanjanya dan senang dibawa.
Penggunaan media bukan elektronik ini banyak membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dan boleh mengurangkan rasa bosan mereka terhadap pengajaran guru yang begitu sinonim dengan ‘whiteboard marker’ dan papan putih sahaja di dalam kelas. Atan Long (1980) berpendapat bahawa semakain banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Pendapat ini sememangnya benar kerana apabila seseorang guru itu menggunakan bahan-bahan belajar yang berfokuskan murid-murid, mereka akan terlibat aktif lebih-lebih lagi bahan bantu mengajar itu dapat merangsang minda murid-murid untuk melihat, mendengar, bertutur dan berkomunikasi sesama kawan semasa melakukan aktiviti.
Antara bahan media bukan elektronik ialah carta, kad gambar, kad imbasan, kad ayat, buku, buku cerita dan sebagainya. Terdapat juga bahan yang disunting daripada surat khabar atau majalah untuk dijadikan aktiviti murid-murid. Selain itu, benda-benda maujud seperti penggunaan boneka, buah-buahan, alat-alat tulis dan seumpamanya boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Yang penting disedari dalam penggunaan alatan mengajar ialah alat itu adalah sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya.
Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar
Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran ini dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkan murid-murid secara langsung. Bahan daripada alam sekitar yang dikelaskan sebagai bahan tiga dimensi terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti :
i. bahan bukan hidup:batu, tanah, pasir, air, logam dan sebagainya
ii. bahan buatan:kerusi, jam, permainan, dan sebagainya
iii. tumbuhan seperti rumput, paku pakis, bunga dan sebagainya
iv. benda hidup : ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya.
Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan. Kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat banyak, tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia.
Rangsangan yang sukar diterima tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.
Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang kecerdasan dan pengalaman.
Guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran, kerana inilah antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar.
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau ‘media’ yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.
Bagi menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Proses penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mestilah mudah, jelas dan difahami oleh pelajar, mesej yang dapat ditafsir oleh pelajar, menolong interaksi yang aktif antara pelajar dan guru, membantu memfokuskan perhatian murid serta menunjukkan kesinambungan idea dan keharmonian.
Secara keseluruhannya, ketiga-tiga jenis bahan bantuan mengajar iaitu bukan elektronik serta bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar perlu diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk merangsang minda murid-murid selain membantu guru memudahkan proses pengajaran. Hal ini sudah tentu akan menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan matapelajaran yang ditetapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan